Sunday, December 12, 2010

Selagi Ada Oxygen- Bhg. 1

Hari itu. Seperti biasa Fahmi melayari laman Facebook. Fahmi hairan kenapa sudah lama Oxygen tidak mengemaskini status FB nya. Fahmi kecewa. Fahmi konfius. Kadang-kadang Fahmi terfikir kenapakah dia masih merindui Oxygen sedangkan dia tahu Oxygen sudah dimiliki malah dia sendiri menghadiri majlis pernikahan Oxygen. Fahmi keliru apakah perasaan sebenar dia terhadap Oxygen. Fahmi pernah cuba menganggap Oxygen sebagai adiknya kerana dia sendiri sebenarnya sudah berkeluarga. Malah dia sangat bahagia dengan keluarganya. Dia sangat-sangat menyintai isterinya.

Mengimbas kembali kenangan bagaimana detik perkenalan dia dengan Oxygen. Fahmi masih ingat, tiga tahun dahulu Oxygen pernah menjalani latihan praktikal di tempat kerjanya. Oxygen, waktu itu merupakan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Islam Antarabangsa. Pertama kali melihat Oxygen, Fahmi tidak merasakan apa-apa. Ini bukanlah kali pertama pelajar menjalani latihan praktikal di pejabat ini. Malah berbagai-bagai jenis perempuan telah dia kenali dan kendali. Ada juga yang jauh lebih cantik dari Oxygen. Tetapi Fahmi tidak pernah mempunyai sebarang perasaan pun. Fahmi cukup professional.

"Assalamu'alaikum. Dari mana?," Fahmi memulai bicara.

"Wa'alaikum Salam. UIA," balas Oxygen.

"Nama siapa?. Saya Fahmi"

"Aida."

Sunyi seketika.

"Aida, awak duduk kat sini. Guna komputer ini. Nanti bila En Hamdan masuk saya bawak awak jumpa dia. Dia yang menyelia staf praktikal kat sini."

"Terima Kasih." Balas gadis manis kacukan Melayu dan Brazil lembut.

Walaupun berdarah kacukan, Oxygen lebih mirip kepada gadis Melayu yang ayu. Sekiranya tidak ditanya, Fahmi tidak perasan bahawa gadis manis ini berdarah campuran. Oxygen juga jenis yang tidak banyak bicara, sepatah ditanya sepatah jawapannya. Menyerlahkan lagi sifat kemelayuannya. Malah ketika di"temuramah" oleh Fahmi tentang kampung asal kelahirannya, Oxygen hanya menjawab, "dekat-dekat sini". Beliau cuba berahsia bahawa sebenarnya beliau dilahirkan di Amerika Syarikat. Mungkin kerana ingin merendah diri. Dan Fahmi pula, seorang yang lurus bendol terus sahaja yakin dengan jawapan tersebut. Kemudiannya Fahmi mengetahui kebenarannya melalui cakap-cakap di pejabat yang bersumberkan pegawai sumber manusia. Kalau tidak sudah pasti sehingga ke hari ini Fahmi tidak mengetahui bahawa gadis yang dipanggil Oxygen ini berdarah campuran. Istimewa sungguh gadis ini.

"Fahmi!". Tersentak Fahmi dari lamunannya diherdik Kak Zita, pekerja am dipejabat ini. Biasalah, waktu-waktu pagi begini, Kak Zita akan menyapu dan mengosongkan baku-bakul sampah.

"Apa yang termenung tu?"

"Tak ada apa-apalah kak.... ngantuk," Fahmi berhelah. Sambil memberi laluan kepada Kak Zita untuk menyapu.

Thursday, December 9, 2010

Monolog Besut.

Hebak sangak ko Besut nih? Kalu tanyo kawe, kawe kato tak dok tepat dale dunio ni hok sehebak Besut. Besut ni memea spesial. Kalu oghe tanyo kawe oghe mano, kawe kato oghe Besut, kawe tok sebuk oghe teganu. Sebab kalu kato oghe teganu dio ingak kecek teganu.

Besut nih, kalu ikut sejaghoh dio ado rajo sendiri. Istano Rajo dok kat Kapong Rajo. Kawe tok berapo tahulah pasal sejaroh nih..Nati kito kecek semula lah. Lagu mano pong Besut ni memea hebat pado kawe. Walaupong selamo umor kawe, lebih lamo kawe dok luar tapi hati kawe kekal di Besut. Kawe tok lupo balik Besut setahun dua tigo kali.

Oghe-oghe Besut ghama hok jadi terkenal. Tok payoh ceritolah kalu nok tahu Googlelah sendiri. Cubo tengok kat Besut ni, oghe hebak ghamai, oghe jahat pon famous jugok. Hok hebat mace Pok Su Wan Su tukea ukir, Deghih Jusoh, Yusof Nor, artis-artis mace Wanafi Su, Erra Fazira pun kawin oghe Besut. Penyimpe Mohor Besar Rajo2 pon oghe Besut. Ramai lagi kalu nok sebut.

Aku mulo dapat raso kehebatan dan aura Besut bilo kito merantau. Aku (aku la pulok!) kawin denge oghe Negori, tapi oghe sebeloh isteri aku cukup banggo bilo anok dio nikoh oghe besut. Hok peliknyo tu, ghama jugok ruponya kerabat dio dok menetap di Besut. ado hok jadi Cikgu Aku dulu. Ado hok jadi saing ayoh aku. Ado hok jadi saing Mok Aku. keciknyo dunio nih. Kalu nok cerita pasal ni kena buat tajuk khas lain.

Ramai saing-saing hok aku kenal dan saing-saing hok aku suko pernoh maghi ke Besut. Malah isteri aku pon sebelum kenal dengan aku sudoh biaso dengan Besut walaupon kami sebenarnyo berkenalan di KL. Hok peliknyo lagi sebelum dio kenal aku dio pernoh ada aktiviti di sekoloh tempat ayoh aku jadi Guru Besar. Ghama jugok saing aku kat KL hok kawin oghe Besut.

Besut banyok kenangea. Aku memea tak ado memori Cinta di Besut. Aku tak pernoh ado gewe maso sekoloh dulu. Aku pon buke hensem sangat pon. Maso skoloh dulu kurus kering. Tapi aku pernoh dapat surat "ingin berkenalan" maso form 5 dulu. Oleh sebab panik sebab dapat surat dale kelas depea ghamai saing-saing maka aku koyoklah surat tu. Ado "poswoman" dale kelas tu hok bagi. Lepas tu dio report kat budok puan tu kato aku koyok surat dio. Lepas tu aku tok ingat apa jadi.

Maso sekoloh dulu aku ado saing baik namo Asri. Dio ni hensem nok-nok lagi ada tahi lalat Siti Nurhaliza kat dagu dio...maka ghamai la gewe kenea ko. Kami (aku dan Asri) di"jago" oleh seorang cikgu pompuan bujang (maso tu) namo dio Cikgu Mariam Faridah. Aku pon tak tahu pada mulonyo. Tok tahu pulok ado oghe ambik berat. Kami maso dale kelas kuat sembang (padahal dok depea skali dale kelas). Walau pon kami kuat sembang sebenarnya kami antaro pelajar terbaik maso tu. Aku plajar terbaik Biologi, Asri pulok pandai Geografi dan Kimia (tapi ujian pertama Kimia aku terbaik dalam aliran..hi hi). Kami berduo memea tak dok gewe. Hobi kami pergi library. Kami buke baco buku skoloh pun tapi buku ensiklopedia. Asri ni pandai laye budok pompuea. Ramai budok2 kelas bawah hantar surat kat dio. Banyok jugok buku2 otograf dio sign. Tapi selepas SPM sampai lo ni aku tok jupo lagi denge Asri. Puas aku cari...melalui facebook pon tok jupo. Hidup lagi ko doh mati pon tok tahu. Untuk Asri kalu demo baco monolog ni tulung tinggal komen deh.

Banyok kenange di sekoloh SMTM. Aku dulu tok minat sukea. Tapi aktif persatuea. Aku pernoh jadi Pengerusi Persatuan Sains dan Presiden Kelab Komputer. Aku pernoh join Brass Band Sekoloh (Pertama di Besut)..selain dari peniup sangkakala( trompetlahh) aku jugok sebagai Bendahari. Aku pong jadi Ahji Lembaga Pengarah Koperasi Skoloh (apa khabar Cikgu Azmi?). Kalu cakap pasal Kelab Komputer ni, banyok kisah buleh dinukilkan. Yem dan Sham mungkin masih ingat. Sebenarnya siapa pandai komputer zaman tu (1986-88) mesti hebat. Maklumlah evolusi komputer peribadi (PC) bermula tahun 1981. Hanya selepas 5 tahun kami menjadi perintis di Besut. Tahun 87 Singapore telah mengeluarkan PC Warna (Cubic 99 keluaran Creative Technology) siap dengan Sound processor lagi (boleh bercakap). Selain itu terdapat sebuah Apple IIe sumbangan EPMI (Esso Production Malaysia Inc) dan NEC Maestro sumbagan PIBG. Keistimewaan kami ialah kami boleh akses bilik komputer walaupun dalamasa cuti (aku kan Presiden Kelab!..riaknya) masa tu bukan ada software mcm sekarang. Kami belajar tulis program guna BASIC. Seronokkk!. Nantilah kita cerita semula pasal nih. Aku juga pernah dilantik sebagai badan redaksi majalah Sekolah tapi satu benda pun tak buat (sebab tak ada oghe suroh!). Dapatlah masuk nama dalam Majalah tu.

Cikgu Mariam Faridah, Cikgu Yang Chik, Cikgu Mat Yusof, Cik Gu Hamidi adalah antara nama yang masih ku ingat. Aku ada juga pengalaman songsang di skolah. Kisahnya berlaku selepas tamatnya SRP. Kami ni masa skolah adalah plajar yang penuh taat dengan disiplin. Suatu hari, Pok Cik (Rashdan seorang pengawas juga kawan baik aku) mendatangkan satu idea gile masa kami di library skolah. Dia ajak kami "ponteng"..maklumlah SRP dah habis kalau nak ikutkan tak yah datang skolah pun takpa. Maka dalam library kami merancang nak panjat pagar skolah. Bila rasanya saat sesuai kebetulan kelas kami paling hujung apalagi 1..2..3 panjat. Tapi sudah nasib orang yang tak pernah langgar disiplin.. baru saja lompat tetiba dengar satu suara garau dari tingkat atas..WOIII!..aduhhhhh! caught red handed... Cik Gu disiplin nampak dari aras 1... Cikgu Ramli panggil kami, apalagi sorang satu (kami 3 orang....khairi) kena pulas perut..Adoiiiii! Tahun seterusnya Cik Gu Ramli mengajar Fizik kelas aku...

Sepanjang aku bersekolah, tidak sekalipun aku dilantik menjadi Pengawas, walaupun sering menjadi model pelajar berdisiplin. Aku pernah menjadi Ketua Kelas. Aku rindukan masa itu..nasib baik ada Facebook dapat aku "jumpa" semula rakan2 di Alam Maya kecuali Asri..mana kau Asri???