Sunday, December 12, 2010

Selagi Ada Oxygen- Bhg. 1

Hari itu. Seperti biasa Fahmi melayari laman Facebook. Fahmi hairan kenapa sudah lama Oxygen tidak mengemaskini status FB nya. Fahmi kecewa. Fahmi konfius. Kadang-kadang Fahmi terfikir kenapakah dia masih merindui Oxygen sedangkan dia tahu Oxygen sudah dimiliki malah dia sendiri menghadiri majlis pernikahan Oxygen. Fahmi keliru apakah perasaan sebenar dia terhadap Oxygen. Fahmi pernah cuba menganggap Oxygen sebagai adiknya kerana dia sendiri sebenarnya sudah berkeluarga. Malah dia sangat bahagia dengan keluarganya. Dia sangat-sangat menyintai isterinya.

Mengimbas kembali kenangan bagaimana detik perkenalan dia dengan Oxygen. Fahmi masih ingat, tiga tahun dahulu Oxygen pernah menjalani latihan praktikal di tempat kerjanya. Oxygen, waktu itu merupakan pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Islam Antarabangsa. Pertama kali melihat Oxygen, Fahmi tidak merasakan apa-apa. Ini bukanlah kali pertama pelajar menjalani latihan praktikal di pejabat ini. Malah berbagai-bagai jenis perempuan telah dia kenali dan kendali. Ada juga yang jauh lebih cantik dari Oxygen. Tetapi Fahmi tidak pernah mempunyai sebarang perasaan pun. Fahmi cukup professional.

"Assalamu'alaikum. Dari mana?," Fahmi memulai bicara.

"Wa'alaikum Salam. UIA," balas Oxygen.

"Nama siapa?. Saya Fahmi"

"Aida."

Sunyi seketika.

"Aida, awak duduk kat sini. Guna komputer ini. Nanti bila En Hamdan masuk saya bawak awak jumpa dia. Dia yang menyelia staf praktikal kat sini."

"Terima Kasih." Balas gadis manis kacukan Melayu dan Brazil lembut.

Walaupun berdarah kacukan, Oxygen lebih mirip kepada gadis Melayu yang ayu. Sekiranya tidak ditanya, Fahmi tidak perasan bahawa gadis manis ini berdarah campuran. Oxygen juga jenis yang tidak banyak bicara, sepatah ditanya sepatah jawapannya. Menyerlahkan lagi sifat kemelayuannya. Malah ketika di"temuramah" oleh Fahmi tentang kampung asal kelahirannya, Oxygen hanya menjawab, "dekat-dekat sini". Beliau cuba berahsia bahawa sebenarnya beliau dilahirkan di Amerika Syarikat. Mungkin kerana ingin merendah diri. Dan Fahmi pula, seorang yang lurus bendol terus sahaja yakin dengan jawapan tersebut. Kemudiannya Fahmi mengetahui kebenarannya melalui cakap-cakap di pejabat yang bersumberkan pegawai sumber manusia. Kalau tidak sudah pasti sehingga ke hari ini Fahmi tidak mengetahui bahawa gadis yang dipanggil Oxygen ini berdarah campuran. Istimewa sungguh gadis ini.

"Fahmi!". Tersentak Fahmi dari lamunannya diherdik Kak Zita, pekerja am dipejabat ini. Biasalah, waktu-waktu pagi begini, Kak Zita akan menyapu dan mengosongkan baku-bakul sampah.

"Apa yang termenung tu?"

"Tak ada apa-apalah kak.... ngantuk," Fahmi berhelah. Sambil memberi laluan kepada Kak Zita untuk menyapu.

No comments:

Post a Comment